CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 9, 2009

A ring and a flower

This is only for remembrance. As i know anything can happen to my fragile laptop yang dah berumur sangat ni. Besides FACEBOOK, sini je kot lagi tempat yang aku suka letak gambar buat kenang-kenangan.







HAPPY!

Friday, May 8, 2009

.JIWANG.

Tengok jam. Owh, 11.09pm. Aku baru mandi sbenarnye ni. Balik dari gym tak mandi-mandi terus online sebab The Rock tunggu. So, berbalik kepada topik diatas. Apekah yang dimaksudkan dengan JIWANG? Aku dah cek Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka dan ternyata, perkataan JIWANG ini adalah rekaan semata oleh remaja-remaja masa kini. Setelah membuat kajian dan beberapa temuramah, ramai yang menyatakan JIWANG adalah melayan perasaan cinta yang teramat atau synonim dengan angau. Kalau ade jiwang mesti ada angau. Kalau dalam english nya ialah LOVEY DOVEY lebih kurang. Ye. Sekarang saya ingin bertanya, pernahkah anda melihat Zul-Azurin Zulkefly berJIWANG-angauan? TIDAK PERNAH bukan? Kepada yang ingin muntah dengan hanya memikirkan macam mana Zul-Azurin Zulkefly JIWANG adalah dinasihatkan supaya beredar dari page ini secepat yang mungkin. Atau menutup mata dengan kedua-dua belah tangan juga adalah mujarab.
Kepada yang mampu melihat Zul berJIWANG, disini saya kepilkan beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.



The Rock buat ni untuk Zul.


Yang ini juga.


Ya! GELI BUKAN? Bagus. Itu adalah tujuan utama saya mengepost benda ini juga. Sekian. Terima kasih. ;)

Thursday, May 7, 2009

Swimming!

Lepaks. Yes, benda yang aku selalu buat bile free.HEHE. Tapi today lain dari hari lain. Macam-macam plan di kepala. Nak main badminton, nak pergi swim, nak pergi beli ticket balik malaysia. Macam-macam. Aku mandi manda bersih-bersih. Sudah mandi,ku memandang keluar tingkap, hujan lebat, beserta kilat. Ku lihat jam, menunjukkan pukul 3pm. Haik... macam mana nak keluar ni???? Punye la banyak plan arini, nak badminton pun tak bole nih. Haih, tak mengapa. Ku sabar. Dok depan laptop, tengok-tengok ade org BUZZ . The Rock rupanya. So sambil nak pakai baju bersiap nak keluar, borak-borak la dengan dia. Main poker bersama-sama. AHAHAHAHA. Hebat betul pasangan ni, main poker sama-sama. Lpas tu bile sorang bankrup, sorang lagi akan transfer duit bagi kat yang dah papa kedana tuh (aku tak pernah lagi bankrup.haha) . So kaya la sket dia untuk hari ini. Atas pertolongan ku yang best ni (haha..jangan marah you, i gurau je kutuk ni).2jam selepas itu, erm tadi aku tulis pukul brape eh? owh 3pm kan? so dua jam lepas tu means kul 5pm la kan? haha. So pukul 5pm, The Rock perlu mengundur diri. So sambil-sambil macam biasa la buat muka kat webcam dulu, baru chow. Haha.

Ku memandang ke luar tingkap lagi sekali, owh.Hujan dah berhenti! Maka boleh lah aku keluar pergi menempah ticket. Ku call Azim. Dia tak angkat,macam biasa la, VIP. Busy 24jam. 10minit selepas itu, dia mengcall balik. Ku ajak pergi swimming selepas pegi book ticket nanti. Dia pun orait je. Siap nak bawa Imad sebab Imad nak join. So aku keluar la, cek tiket, mahal BODO! cam tak masuk akal punya mahal. Baik beli kat malaysia. Tak pun beli tru ternet. Call ayah, ayah kata jangan beli dulu, dia nak cek harga di malaysia. So aku pun balik lah, dengan perasaan hampa sedikit. Ingat bole settle masalah ticket arini.Malang sekali tak dapat. Haih, takpe lah. Then terus pergi amik teksi pergi public pool tuh. Dalam russian PLAVATELNII BASEIN EUNAST. Tunggu Azim dan Imad berjanggut jugak la. Tapi takpela, Azim selalu je tunggu aku. Hahah.Give and take la kan.


Lama jugak la kitorang nak tunggu turn nak berenang. Dia ade time-time dia. Plus, kitorang tak tau kena bawak 2nd shoes!. Adoi. Luckily ade Ogy!!!! Call ogy ajak berenang gak and suro dia bawak slipar 3pasang extra also. Haha. OGY MMG BEST!!! Dia datang gak. yeay yeay. Then kat bilik tuka baju tuh, haih, masuk-masuk je dah nampak benda aneh, putih, ade rambut brunet, macam bentuk manusia je. OWH.RUSSIAN BOGEL RUPANYA. Gunung ganang, bukit bukau, longkang bibir semua la kelihatan. Kalo dalam english FREE SHOW katanya. AHAHAHA. Rambang mata aku melihat. Tapi buat bodo je. Jeles jugak tengok. Flat je perut. Bukit besar cantik. Bile nak macam tu? Syukur erin syukur. AHAHAHA..Laju gile aku tuka baju mandi, dengan tuala ok, tak main la bogel-bogel beramai-ramai ni. Pastu pergi ke pool. Wahhhhh..besar! Olympic size lagi. yeay! Ogy and Imad menunggu aku kat situ.Ogy cakap ERIN, PERGI LA MASUK TEMPAT MANDI LELAKI TU, BANYAK BENDA TERGANTUNG. Sabar je la. Sana pun semua bogel rupanya. Tibe-tibe ade minah russian ni(cikgu berenang kalo tak silap), dia tanya kitorang reti berenang or tidak. Siap nak tengok lagi sama ada kitorg betul-betul reti berenang or not. Lepas tengok siap kata SUPER lagi . AHAHA.Bodo je. Imad tak reti berenang, so dia kena pakai pelampung, hehe. Comel dowh. Cam bebudak. Aku kalo dah masuk air, well Aaina and Nayya tau kot camne, memang tak hengat dunia. Ya ALLAH seronok nyeeeeee.. Lama sangat la tak swim!!!.. Memang happy gile arini. Walaupun kejap je. Tapi sangat seronok. Siap ajar Imad berenang lagi. Aik, bukan kitorang pergi ber4 ke tadi? mana lagi sorg? haaaaa...si Azim tak swim, atas sebab tertentu yang terpaksa dirahsiakan. AHAHHAHA. Takpe-takpe, dia janji nak join aku swim next time aku pergi, which is next monday! Confirm! Hantu air la katakan. Plus nak turun kan sikit berat badan. hehe.


Lpas abis swimming, kitorg bertiga pun balik la kerumah aku. Mandi-mandi bersih-bersih. Then gerak pergi chinese restaurant baru. Belanja si Imad makan. Dah lama dah janji. So aritu ditunaikan la kan. Aku ratah lauk je. Sebab konon-konon diet. haha. Hopefully betul-betul turun la berat ni kan. Penat dowh! k dah la. Penat aku karang banyak-banyak ni,korang bukan baca pun. cis!